Monday, March 29, 2010

SATAY MALAYSIA



Baru-baru ni aku gi makan satay. Makan di Baung, Pengkalan Chepa. Restoran Satay Malaysia. Emmmph.. sedap weih!! Aku rasa kan, macam sate dia lagi sedap daripada satae Kajang Samuri. Walaupun sememangnya sate Kajang Samuri memang sedap. Mungkin sate Samuri dah banyak kali aku makan, membuatkan sate Malaysia ni menambat kalbuku. Sate ni kuah dia memang tak nampak berwarna cokelat sebab dia ke arah ke 'sambal' an sikit. Kuah kalau naktambah, kena ambil sendiri. Roti bakar dia memang sedap. Kalau dicicah dengan kuah sate pun lagi sedap. Nasi himpit dia pun sedap juga tapi kalau nasi biasa lauk tomyam pun ada dijual juga tapi taklah hebat sangat. Tapi ok lah.
Yang paling unik, waiter dia ambil order dengan palm elektronik tu...waaaahhh.. canggih betul!!
Order pun tak la lambat sangat.

Try la pergi. Kalau dari airport nak pergi ke Kota Bharu, ia terletak selepas stesen minyak Shell. Di tepi jalan sebelah kiri.

Kelebihan
Sate sedap.
Roti bakar dan nasi himpit yang sedap.

Kekurangan
Parking di tepi jalan. Bahaya pada pengunjung sebab kereta yang lalu, laju-laju. Buatla space untuk parking ke apa ke.. baru syok..

Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR



Malam ini. 28.3.2009 pada jam 8.30mlm-9.30 mlm, marilah kita sama-sama tidak membuka lampu dan tv untuk menyatakan sokongan padu kita kepada....
EARTH HOUR

Monday, March 16, 2009

Mee Celup @ Mee Golok


MEE CELUP SIAM @ GOLOK

Mee Celup Siam yang dijual di Golok sememangnya halal. Rasa yang begitu enak kerana disajikan dengan pelbagai ramuan. Kalau kita pegi Golok, ada la gerai-gerai kecil yang menjual mee celup. Dengan harga yang berpatutan lebih kurang RM 2.00, mampu membuatkan pelanggan puas dan kekenyangan...



ROJAK SABAH
Ini adalah rojak Sabah. Kalau pergi Sabah terutama Kota Belud, anda akan dapat rasakan mi rojak Sabah. Kelazatan yang mengambat hati... Kalau di Kota Belud, restoran Perdana mampu menyediakan Rojak Sabah yang enak dicampur dengan kuah sup panas lagi berkhasiat...