Monday, March 29, 2010

SATAY MALAYSIA



Baru-baru ni aku gi makan satay. Makan di Baung, Pengkalan Chepa. Restoran Satay Malaysia. Emmmph.. sedap weih!! Aku rasa kan, macam sate dia lagi sedap daripada satae Kajang Samuri. Walaupun sememangnya sate Kajang Samuri memang sedap. Mungkin sate Samuri dah banyak kali aku makan, membuatkan sate Malaysia ni menambat kalbuku. Sate ni kuah dia memang tak nampak berwarna cokelat sebab dia ke arah ke 'sambal' an sikit. Kuah kalau naktambah, kena ambil sendiri. Roti bakar dia memang sedap. Kalau dicicah dengan kuah sate pun lagi sedap. Nasi himpit dia pun sedap juga tapi kalau nasi biasa lauk tomyam pun ada dijual juga tapi taklah hebat sangat. Tapi ok lah.
Yang paling unik, waiter dia ambil order dengan palm elektronik tu...waaaahhh.. canggih betul!!
Order pun tak la lambat sangat.

Try la pergi. Kalau dari airport nak pergi ke Kota Bharu, ia terletak selepas stesen minyak Shell. Di tepi jalan sebelah kiri.

Kelebihan
Sate sedap.
Roti bakar dan nasi himpit yang sedap.

Kekurangan
Parking di tepi jalan. Bahaya pada pengunjung sebab kereta yang lalu, laju-laju. Buatla space untuk parking ke apa ke.. baru syok..

No comments:

Post a Comment