Saturday, November 2, 2013

Mari makan kuih tradisional

Aku taktau kuih apa tapi ni first time aku makan kuih ni. Dlm isinya pulut mcm pulut panggang.

Monday, October 7, 2013

Cendol de javu

Akhirnya aku menemui gerau cendol yg rasanya macam dulu dulu semasa zaman remaja melepak di tepi bangunan di bulatan jam kuala kangsar..

Saturday, September 14, 2013

Cendol shah alam

Gerai cendol ni dah jadi macam tempat nostalgia aku dah. Dari aku masuk itm tahun 1990an hingga sekarang ia berada pada tempat yang sama dan masih beroperasi. Ada karipap sedap yang selalu dijual di samping cendol yang mengasyikkan.
Harganya sangat berpatutan. Kalau tak silap cendol pak kop nama diberi. Terletak di hadapan masjid seksyen 16 Shah Alam.

Sunday, September 8, 2013

Roti canai sedap

Ni antara roti canai kesukaan keluargaku. Terletak di bukit angkasa Pantai Dalam.  Harga yang berpatutan dan kuah yang sedap.

Thursday, September 5, 2013

Sup power

Lepas check up, doktor akan hospital Tawakkal beri aku m.c. Aku pun singgah di suatu restoran di mana ada member-member mengatakan yang sup situ sedap giler!! Hahaha. Restoran ni tepi masjid kalau dari bulatan Pahang nak ke Setapak, ada masjid lepas flyover DUKE. Lepas masjid tu terus masuk lorong sebelah kiri.
Aku dah menikmati sup kambing di sana pada hari ini dan memang sedap. Kuah agak pekat dan isi yang banyak. Aku makan sup kambing,  nasi putih, ikan kerisi goreng dan sayur bersama air sirap limau. RM 12.
HARGA OK LA sebab minyak naik kot.

Monday, March 29, 2010

SATAY MALAYSIA



Baru-baru ni aku gi makan satay. Makan di Baung, Pengkalan Chepa. Restoran Satay Malaysia. Emmmph.. sedap weih!! Aku rasa kan, macam sate dia lagi sedap daripada satae Kajang Samuri. Walaupun sememangnya sate Kajang Samuri memang sedap. Mungkin sate Samuri dah banyak kali aku makan, membuatkan sate Malaysia ni menambat kalbuku. Sate ni kuah dia memang tak nampak berwarna cokelat sebab dia ke arah ke 'sambal' an sikit. Kuah kalau naktambah, kena ambil sendiri. Roti bakar dia memang sedap. Kalau dicicah dengan kuah sate pun lagi sedap. Nasi himpit dia pun sedap juga tapi kalau nasi biasa lauk tomyam pun ada dijual juga tapi taklah hebat sangat. Tapi ok lah.
Yang paling unik, waiter dia ambil order dengan palm elektronik tu...waaaahhh.. canggih betul!!
Order pun tak la lambat sangat.

Try la pergi. Kalau dari airport nak pergi ke Kota Bharu, ia terletak selepas stesen minyak Shell. Di tepi jalan sebelah kiri.

Kelebihan
Sate sedap.
Roti bakar dan nasi himpit yang sedap.

Kekurangan
Parking di tepi jalan. Bahaya pada pengunjung sebab kereta yang lalu, laju-laju. Buatla space untuk parking ke apa ke.. baru syok..

Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR



Malam ini. 28.3.2009 pada jam 8.30mlm-9.30 mlm, marilah kita sama-sama tidak membuka lampu dan tv untuk menyatakan sokongan padu kita kepada....
EARTH HOUR